Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
02 November 2012
Panduan Menjaga Alat Solek
Kaum wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan. Walaupun seseorang wanita itu tidak suka bersolek namun dia pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sejenis dua alat solek seperti gincu, pengilat bibir, pemerah pipi, maskara ataupun yang lain.
Ramai kaum wanita suka membeli alat solek namun tidak tahu menjaga alat solek mereka.
Sebenarnya penjagaan alat solek amat penting untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kulit wajah kita nanti.
1. Pastikan alatan solek sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan yang sudah berbau atau berubah warna.
2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali menggunakannya. Begitu juga dengan span bedak muka perlu sentiasa bersih. Paling mudah, korang boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci. Jangan berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya kerana ia boleh menjangkiti wajah korang.
3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan kerana mungkin sudah dijangkiti kuman.
4. Kosongkan beg solek korang dan cuci supaya bersih dan boleh digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaiknya tukarlah kepada yang baru.
So lepas ini, pastikan alat solek korang sentiasa dijaga dengan baik agar wajah korang kekal berseri.
Tips Dan Info Mandi Sauna : Tak Boleh Lebih 20 Minit
Mandi
sauna memang boleh membuatkan tubuh lebih relaks dan tenang. Namun akan timbul
masalah seperti dehidrasi, sesak nafas, mual-mual, pening dan pengsan jika anda
melakukannya lebih 20 minit.Sauna terdiri daripada beberapa jenis di antaranya
sauna moden, finnish, estonian sauna.
Hingga
hari ini terdapat pelbagai pilihan sauna. Sumber haba sauna termasuk kayu,
elektrik, gas dan lain-lain kaedah yang lebih konvensional seperti tenaga
solar. Terdapat sauna basah, sauna kering, sauna asap, sauna wap, dan
orang-orang kerja yang dengan gelombang inframerah. Terdapat dua jenis utama
dapur: pemanasan berterusan dan sauna yang menggunakan penyimpanan haba.
Kebaikan
mandi sauna :
Penggunaan
sauna boleh mengurangkan selesema, dan melegakan gejala selsema buat sementara
waktu. Ia meningkatkan prestasi dalam ketahanan badan semasa bersukan
ketahanan, kenaikan isipadu plasma dan jumlah sel darah merah dalam atlet,
penurunan tekanan darah sistolik, toleransi badan yang tinggi dapat
meningkatkan pengambilan oksigen oleh badan. Wap sauna adalah rawatan yang
sangat baik untuk masalah pernafasan, seperti; kesesakan dada, bronkitis,
laryngitis, dan sinusitis.
Pada
kebiasaannya ruang sauna menggunakan pemanas dengan suhu melebihi 70 darjah
manakala suhu tubuh manusia pula adalah sekitar 38 darjah. Menurut pakar untuk
mendapatkan hasil maksimum, anda hendaklah mandi sauna tak lebih 15-20minit
saja.
Ketika
mandi sauna, denyutan nadi akan meningkat hingga 30 peratus atau lebih dan
membuatkan jantung bekerja 2 kali ganda daripada biasa untuk mengepam darah.
Sebahagian besar aliran darah lebih akan disalurkan ke kulit dan menyebabkan
aliran darah tu semakin jauh dari organ dalaman badan. Semasa sauna juga, kadar
tekanan darah jadi tak menentu.
Bagi
pesakit jantung pula, sebelum melakukan aktiviti sauna, mereka haruslah membuat
pemeriksaan kesihatan dulu untuk mengelakkan risiko gangguan jantung.
Selain
tu juga, ada beberapa tips semasa mandi sauna :)
1. Jauhi alkohol dan ubat yang boleh
mempengaruhi pengeluaran peluh dan menyebabkan panas keterlaluan sama ada
sebelum atau lepas sauna.
2. Sebaiknya mandi sauna tak melebihi 15-20
minit.
3. Lakukan proses penyejukkan badan secara
perlahan selepas melakukan sauna dan elakkan dari terus mandi. Takut terkejut
pula suhu badan anda.
4. Minum dua hingga empat gelas air selepas
bersauna.
5. Jika badan anda sakit-sakit atau tak
sihat, elakkan dari melakukan sauna.
6. Segera keluar dari ruang sauna jika anda
rasa pening, pitam atau tak sedap badan.
Tips MembeLi Kasut
FAKTOR2 PENTING KETIKA MEMBELI KASUT:
1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut
melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang
mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama
digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda
berasa selesa.
JENIS TAPAK KAKI:
Kaki Rata Tanpa
Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.
Kaki Lekuk
Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.
Kaki Lekuk
Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak
pergerakan sendi yang berlaku.
PANDUAN
MEMILIH KASUT
1. Pilih
kasut yang bertumit rendah - tumit
tinggi selalunya dipakai untuk Ofiz jew sbb x banyak jalan kalau pergi shopping pakai heeL memang cari
penyakit Lah !
2. Pastikan
saiz kasut anda kerana kaki menjadi panjang dan
lebar seiring dengan usia. Jika menggunakan saiz 8, jangan sesekali menggunakan
saiz lebih kecil @ besar kerana ia memberi kesan kepada kaki untuk tempoh
jangka panjang.
3. Jangan
bergantung kepada saiz kasut sahaja
kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar.
4. Bandingkan
kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut
yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya.
5. Cuba
kasut pada kedua2 kaki. Ini
penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
6. Beli
kasut pada waktu petang atau malam -
otot kaki mengembang pada waktu itu. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi
membeli kasut mengisi agenda terakhir.
7. Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin
selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
8. Ketahui
materialnya. Pastikan material itu membenarkan
kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
9. Jika membeli kasut
sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
10. Definisi kasut
yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan
kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan
mampu menampung kaki dengan stabil.
11. Jangan
membeli kasut kerana jenama atau
harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
12. Usah
taksub pada rekaan hingga mengabaikan faktor kesesuaian bentuk kaki.
13. Memakai kasut ketat boleh mengakibatkan tapak kaki sakit dan kesan lain.
Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus golongan dewasa di Malaysia menderita
sakit kaki akibat sindrom diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih
kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.
14. Sekiranya
anda mempunyai kaki bengkok ke dalam, pastikan
kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.
15. Jangan
terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut
murah sehingga mengabai faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yg
dihajati.
Di
antara kesan yang dirasai akibat pemakaian kasut yang kurang bersesuaian:
1. KERENGSAAN pada otot-otot bahagian betis kaki.
2. KERENGSAAN
PADA PELANTAR FASCITIS yang
dirasai pada sebelah pagi selepas bangun dari tidur atau setelah berehat dalam
tempoh yang panjang.
3. BENGKAK
PADA SENDI antara ibu jari dan bahagaian
kelengkeng jari akibat pemakaian kasut yang terlalu ketat.
4. KEMATU yang terjadi di bahagian tapak kaki akibat sel-sel kulit
mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki disebabkan tekanan geselan yang
berlebihan pada kasut.
* Diharap dgn tip yg
berguna nie U aLL jangan la rembat jew erk piLih betOl2 duLu semua tu unutk
keselesaan U aLL jugak. Selamat Bershopping. (^^)
13 Oktober 2012
Kenali 7 Titik Tubuh Untuk Pemakaian Perfume Berkesan
Kali
ini saya memberikan tips pemakaian perfume atau minyak wangi yang betul untuk
memberikan kesan optimal kepada pemakainya.
Untuk
memastikan wangian dari perfume anda tersebar dengan baik, semburkan perfume
atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda keluar untuk memberi waktu
kepada minyak wangi untuk sebati dengan minyak pada kulit anda.
Perfume
sangat berkesan pada kulit yang ‘hangat’ dan mempunyai peraliran darah yang
baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang paling memberi
kesan apabila dikenakan perfume.
Terdapat
7 titik tubuh yang utama iaitu:
1.
Belakang telinga
2. Nadi
pada sendi tangan
3. Siku
4.
Ruang bawah dada
5.
Celah paha
6.
Belakang lutut
7.
Pergelangan kaki
Apabila
mengenakan perfume pada 7 titik tubuh utama ini, haruman akan berkekalan
sehingga 8-10 jam (untuk perfume jenis parfum)
Awas!
Kepada yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai
perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu
sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian
juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut. Bagi mereka yang
tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih
ringan.
Perfume
biasanya boleh bertahan sehingga enam bulan selepas mula dipakai. Sekiranya ia
dijaga rapi, ia dapat bertahan lebih lama. Caranya mudah sahaja; letakkan
perfume di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru pula, ia boleh
disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam
peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
Perfume sangat berkesan pada kulit yang ‘hangat’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang paling memberi kesan apabila dikenakan perfume.
1. Belakang telinga
GAYAKAN HANDBAG DENGAN SHAWL ATAU SCARF, AKSESORI DWIFUNGSI
Another tips from me, bersempena
musim luruh/dingin di negara orang, namun, tempiasnya masih sampai ke negara
kita yang panas dan lembab sepanjang tahun. Hujung tahun seperti sekarang,
cuaca yang tidak menentu, adakala panas terik dan tiba-tiba hujan turun
mencurah-curah. Kalau di pantai timur, semua juga sudah maklum akan musim
tengkujuh yang biasanya akan mengakibatkan banjir.
Apa kata anda dapatkan
sekurang-kurang sehelai shawl atau selendang yang cantik-cantik, untuk
digayakan bersama handbag anda? Shawl tak semestinya harus berada di leher atau
bahu, apalagi jika kita sedang berada di luar yang panas terik. Tak sesuai!
Ikatkan di tepi handbag agar handbag anda (dan gaya anda) kelihatan lebih
stylish.
Owwwhhhh.... dalam perjalanan ke
shopping complex, hujan turun mencurah-curah. pasti apabila berada di shopping
mall nanti, anda akan merasa sejuk hingga ke tulang!
Apa lagi, gunakan shawl atau
scarf yang diikat di bag, dan lilitkan saja ke leher atau bahu anda. Praktikal,
kan? Anda tak perlu ke Amerika atau Eropah untuk menggayakan shawl dan scarf
anda seperti yang anda biasa lihat pada gaya celebiriti ternama itu. Anda juga
boleh!
Tips : Membuat beg bersinar seperti baru !
Bagaimana Bersihkan Beg Anda
Menjaga beg tangan adalah mudah. Tetapi bagaimana jika beg tercinta anda mempunyai tanah atau kotoran?
Nah, jangan panik. Ia amat mudah untuk membersihkan kotoran atau tanah sama ada beg anda adalah kanvas, kain,PVC atau jenis kulit sintetik.
Menggunakan detergen yang tidak betul boleh membahayakan beg kulit anda kerana ia sangat sensitif jika dibandingkan dengan beg kanvas, kain , PVC atau kulit sintetik.
Jika beg anda diperbuat daripada kulit asli, kami menasihatkan anda untuk menggunakan pembersih kulit, seperti Sophie Handbag Polish
- Apa yang anda perlukan adalah (Sophie Handbag Polish) untuk menggilap beg tangan Anda.
- Gilaplah beg anda dengan kain lembut. Anda boleh menggunakan kain cermin mata lama anda.
- Pertama, sapu rata krim dengan jari anda pada semua permukaan beg. Biarkan krim pada beg selama 5 minit.
- Seterusnya, ambil kain dan lapkan krim beg dengan teliti. Siap!
- Hasilnya lihatlah bagaimana (Sophie Handbag Polish) membuat beg anda bersinar, ia kelihatan seperti baru.
19 September 2012
Tips:Panduan memilih beg tangan mengikut susuk dan bentuk tubuh
1) Kurus tinggi
- Pilih beg tangan dengan bentuk pendek, bujur dan melebar sedikit.
- Elakkan beg tangan disandang ke bahu dengan tali yang singkat kerana ia akan membuat anda kelihatan rendah dari ketinggian sebenar.
- Pilih tas tangan yang lebih luas mengikut kesesuaian ketinggian. Jenis ‘clutch’ adalah pilihan yang baik.
2) Bertubuh kecil dan rendah
- Beg besar tidak sesuai untuk wanita bertubuh kecil kerana ia cenderung menutupi bentuk badan anda.
- Elakkan beg tangan sandang bahu dengan tali yang panjang kerana ia akan menurunkan imej diri anda malah akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek.
3) Pendek dan gempal
- Elakkan memilih beg tangan bersaiz besar, segi empat tepat atau panjang.
- Secara umum, bentuk yang bulat lebih tersusun bagi anda.
- Bentuk yang besar, lebar dan bentuk berkotak akan menonjolkan lagi bentuk badan lagi pendek.
- Permukaan kulit luar lembut atau jenis fabrik
- saiz kecil dan sederhana lebih sesuai untuk nampak anggun.
4) Bentuk badan seperti Hour glass atau gitar
- kami menganggap bahawa bentuk badan ini boleh dipadankan dengan semua jenis dan bentuk tas tangan. Tetapi anda tidak perlu terlalu berkeyakinan. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk gaya dan warna. Pilihlah beg yang sesuai dengan pakaian anda tanpa mewujudkan prestasi pelik. Kulit, hitam, dan putih, ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, dan membujur, bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
5) Semua orang
- Jika mampu membeli tas tangan mahal, pilih satu rekaan yang dapat digunakan selalu.
- tidak perlu membelanjakan RM500 atau lebih ke atas pada tas tangan yang jarang dikeluarkan dari almari
- jika membeli beberapa tas tangan berharga murah, pilihlah satu tas tangan yang nampak klasik sesuai pada semua acara seperti warna hitam atau coklat.
- Tas tangan jenis ranggi warna Metallics dan 'funky' hanya untuk pergi membeli belah dan bersantai bersama rakan.
Tips:Panduan memilih beg tangan bersesuaian dengan majlis:
1) Majlis makan malam eksklusif, majlis anugerah dan majlis perkahwinan
- majlis rasmi.
- memadai tas tangan jenis ‘clutch’ atau genggam, iaitu tanpa tali penyandang bahu.
- memegang dan bentuknya nipis saja.
- barangan dibawa terhad selain barangan penting seperti kad pengenalan, kad tunai dan telefon bimbit hanya cukup sekadar membawa alat solek asas bagi memudahkan untuk menghiasi diri bila perlu ketika majlis seperti bedak padat dan gincu bibir.
2) Pejabat
- Harus berkualiti
- Rekaan tidak keterlaluan
- Bersaiz sederhana besar - untuk membawa barangan penting dan tidak terlalu banyak.
- harus mempunyai poket organisasi di dalam dan luar bagi memudahkan menyimpan barang.
- Warna neutral yang terbaik dalam jenis berkulit licin atau berpaten.
- Jenis kulit, pemain, tas bahu dan sandang adalah lebih ideal
3) Kasual, santai atau bertandang ke rumah orang
- untuk membeli-belah - beg tangan corak ranggi, berlabuci, berzip atau berpaten.
- bersiar-siar - beg tangan jenis sandang di bahu tidak sesuai tidak sesuai jika terlalu berat dan tidak selesa. Biar bersaiz besar yang berjenis kanvas atau denim.























