Welcome

C'est Ma Vie

Sophie Paris

My Fashion My Businees

My Fashion

Be Fashionable. Never appear out-of-date with Sopie Paris. French desingned fashion tailored for your exclusively.

My Business

Be profitable. Enjoy 20% member discount instantly, and earn more from the bonuses.

Sophie Solution

Love our fashion product, meet people, make friends, be rewarded,self-development and be profesional.

19 September 2012

Panduan Saiz Pakaian Sophie

Sila Rujuk Panduan Saiz dibawah bagi ukuran baju kami.











Tips:Panduan memilih beg tangan mengikut susuk dan bentuk tubuh



1) Kurus tinggi
- Pilih beg tangan dengan bentuk pendek, bujur dan melebar sedikit.
- Elakkan beg tangan disandang ke bahu dengan tali yang singkat kerana ia akan membuat anda kelihatan rendah dari ketinggian sebenar.
- Pilih tas tangan yang lebih luas mengikut kesesuaian ketinggian. Jenis ‘clutch’ adalah pilihan yang baik.

2) Bertubuh kecil dan rendah
- Beg besar tidak sesuai untuk wanita bertubuh kecil kerana ia cenderung menutupi bentuk badan anda.
- Elakkan beg tangan sandang bahu dengan tali yang panjang kerana ia akan menurunkan imej diri anda malah akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek.

3) Pendek dan gempal
- Elakkan memilih beg tangan bersaiz besar, segi empat tepat atau panjang.
- Secara umum, bentuk yang bulat lebih tersusun bagi anda.
- Bentuk yang besar, lebar dan bentuk berkotak akan menonjolkan lagi bentuk badan lagi pendek.
- Permukaan kulit luar lembut atau jenis fabrik
- saiz kecil dan sederhana lebih sesuai untuk nampak anggun.

4) Bentuk badan seperti Hour glass atau gitar 
- kami menganggap bahawa bentuk badan ini boleh dipadankan dengan semua jenis dan bentuk tas tangan. Tetapi anda tidak perlu terlalu berkeyakinan. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk gaya dan warna. Pilihlah beg yang sesuai dengan pakaian anda tanpa mewujudkan prestasi pelik. Kulit, hitam, dan putih, ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, dan membujur, bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.

5) Semua orang
- Jika mampu membeli tas tangan mahal, pilih satu rekaan yang dapat digunakan selalu.
- tidak perlu membelanjakan RM500 atau lebih ke atas pada tas tangan yang jarang dikeluarkan dari almari
- jika membeli beberapa tas tangan berharga murah, pilihlah satu tas tangan yang nampak klasik sesuai pada semua acara seperti warna hitam atau coklat.
- Tas tangan jenis ranggi warna Metallics dan 'funky' hanya untuk pergi membeli belah dan bersantai bersama rakan.

Tips:Panduan memilih beg tangan bersesuaian dengan majlis:





1) Majlis makan malam eksklusif, majlis anugerah dan majlis perkahwinan 
- majlis rasmi.
- memadai tas tangan jenis ‘clutch’ atau genggam, iaitu tanpa tali penyandang bahu.
- memegang dan bentuknya nipis saja.
- barangan dibawa terhad selain barangan penting seperti kad pengenalan, kad tunai dan telefon bimbit hanya cukup sekadar membawa alat solek asas bagi memudahkan untuk menghiasi diri bila perlu ketika majlis seperti bedak padat dan gincu bibir.

2) Pejabat
- Harus berkualiti
- Rekaan tidak keterlaluan
- Bersaiz sederhana besar - untuk membawa barangan penting dan tidak terlalu banyak.
- harus mempunyai poket organisasi di dalam dan luar bagi memudahkan menyimpan barang.
- Warna neutral yang terbaik dalam jenis berkulit licin atau berpaten.
- Jenis kulit, pemain, tas bahu dan sandang adalah lebih ideal

3) Kasual, santai atau bertandang ke rumah orang 
- untuk membeli-belah - beg tangan corak ranggi, berlabuci, berzip atau berpaten.
- bersiar-siar - beg tangan jenis sandang di bahu tidak sesuai tidak sesuai jika terlalu berat dan tidak selesa. Biar bersaiz besar yang berjenis kanvas atau denim.




17 September 2012

Business Centre Terbaru


BUSINESS CENTRE TERBARU DI SEREMBAN 2

Sophie Business Centre SEREMBAN 2
Alamat : No 38.JLN S2 F1,GARDEN HOMES,
SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN

DUA BUSINESS CENTRE TERBARU DI PENANG

ALAMAT SOPHIE BUSINESS CENTRE PENANG, 2 CAWANGAN

GELUGOR
91D-3-21, University Height Shoplots,11700 Gelugor, Penang

BAYAN LEPAS
No.22, Tingkat 1, Taman Sri Tunas, Jalan Tengah, 11950 Bayan Lepas, Penang


Dengan bertambahnya Business Centre Sophie Paris nie,maka akan bertambah mudahlah bagi ahli2 membeli barang2 yg diperlukan..Teruskan menyokong Sophie Paris.

16 September 2012

Koleksi Sophie Paris



Assalammualaikum

Bersyukur saya ke hadrat ilahi,akhirnya berjaya juga saya menyiapkan blog untuk mengiklankan produk jenama Sophie Paris ini.

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung ke laman blog ini. Blog ini masih baru dan maklumat di blog ini akan di tambah hari demi hari. Jangan lupa untuk kunjungi blog ini selalu kerana ada banyak produk menarik yang sedang menanti anda semua. Anda mungkin juga akan mendapat manfaat melalui perluang perniagaan yang sediakan di sini. Pelbagai promosi menarik bakal menanti anda semua! Terima kasih.
Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan produk koleksi Sophie Paris terkini,boleh layari blog ini.Seandainya ingin membeli boleh hubungi saya iaitu Asru Rozimin Bin Abu Bakar dengan emailkan sahaja di sru_roz@yahoo.com