1) Kurus tinggi
- Pilih beg tangan dengan bentuk pendek, bujur dan melebar sedikit.
- Elakkan beg tangan disandang ke bahu dengan tali yang singkat kerana ia akan membuat anda kelihatan rendah dari ketinggian sebenar.
- Pilih tas tangan yang lebih luas mengikut kesesuaian ketinggian. Jenis ‘clutch’ adalah pilihan yang baik.
2) Bertubuh kecil dan rendah
- Beg besar tidak sesuai untuk wanita bertubuh kecil kerana ia cenderung menutupi bentuk badan anda.
- Elakkan beg tangan sandang bahu dengan tali yang panjang kerana ia akan menurunkan imej diri anda malah akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek.
3) Pendek dan gempal
- Elakkan memilih beg tangan bersaiz besar, segi empat tepat atau panjang.
- Secara umum, bentuk yang bulat lebih tersusun bagi anda.
- Bentuk yang besar, lebar dan bentuk berkotak akan menonjolkan lagi bentuk badan lagi pendek.
- Permukaan kulit luar lembut atau jenis fabrik
- saiz kecil dan sederhana lebih sesuai untuk nampak anggun.
4) Bentuk badan seperti Hour glass atau gitar
- kami menganggap bahawa bentuk badan ini boleh dipadankan dengan semua jenis dan bentuk tas tangan. Tetapi anda tidak perlu terlalu berkeyakinan. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk gaya dan warna. Pilihlah beg yang sesuai dengan pakaian anda tanpa mewujudkan prestasi pelik. Kulit, hitam, dan putih, ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, dan membujur, bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
5) Semua orang
- Jika mampu membeli tas tangan mahal, pilih satu rekaan yang dapat digunakan selalu.
- tidak perlu membelanjakan RM500 atau lebih ke atas pada tas tangan yang jarang dikeluarkan dari almari
- jika membeli beberapa tas tangan berharga murah, pilihlah satu tas tangan yang nampak klasik sesuai pada semua acara seperti warna hitam atau coklat.
- Tas tangan jenis ranggi warna Metallics dan 'funky' hanya untuk pergi membeli belah dan bersantai bersama rakan.
0 ulasan:
Catat Ulasan