02 November 2012

Inspirasi Fesyen Warna Kontra Atau Color-Block



Ramai wanita yang semakin berani mengenakan pakaian yang menggunakan warna-warna terang atau corak bermotifkan harimau bintang atau corak yang lain dar kebiasaan. Tahun ini pemilihan fabrik pakaian berwarna kontra menjadi trend yang popular di seluruh dunia kerana sebelum ini wanita sering kali dilabelkan gemar mengenakan pakaian sedondon dari atas sampai bawah.

Warna kontra atau color-block merupakan gabungan warna-warna terang pada pakaian contohnya seperti warna merah jambu dan kuning, hijau dan ungu, oren dan merah dan pelbagai lagi. Biarpun sebelum ini fesyen warna kontra dilihat sebagai suatu yang pelik, kini tidak lagi kerana bukan sahaja menjadi kegilaan selebriti, malahan menjadi ikutan kerana pemilihan warna secara sesuka hati ini tidak memerlukan kita mengeluarkan belanja yang besar kerana terpaksa membeli aksesori atau pakaian yang sama warna. Dan fesyen color block dilihat sebagai suatu inspirasi fesyen moden yang boleh dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja.







0 ulasan: