13 Oktober 2012

Kenali 7 Titik Tubuh Untuk Pemakaian Perfume Berkesan





Kali ini saya memberikan tips pemakaian perfume atau minyak wangi yang betul untuk memberikan kesan optimal kepada pemakainya.

Untuk memastikan wangian dari perfume anda tersebar dengan baik, semburkan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda keluar untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk sebati dengan minyak pada kulit anda.

Perfume sangat berkesan pada kulit yang ‘hangat’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang paling memberi kesan apabila dikenakan perfume.

Terdapat 7 titik tubuh yang utama iaitu:

1. Belakang telinga
2. Nadi pada sendi tangan
3. Siku
4. Ruang bawah dada
5. Celah paha
6. Belakang lutut
7. Pergelangan kaki

Apabila mengenakan perfume pada 7 titik tubuh utama ini, haruman akan berkekalan sehingga 8-10 jam (untuk perfume jenis parfum)

Awas! Kepada yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.

Perfume biasanya boleh bertahan sehingga enam bulan selepas mula dipakai. Sekiranya ia dijaga rapi, ia dapat bertahan lebih lama. Caranya mudah sahaja; letakkan perfume di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru pula, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

0 ulasan: