WAJAH
Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.
Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.
Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.
SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.
Secara kronologinya begini:
1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
2. Pakai toner/penyegar.
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang bersesuain dengan jenis kulit muka anda.
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi.
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Boleh la Mulakan solekan!
Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda Kekal di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)
Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.
P/s : Pastikan anda membasuh muka selalu terutamanya selepas memakai mekap dan terutamanya apabila hendak masuk tidur, supaya tiada lagi sisa kotoran di muka dan agar kullit muka dapat bernafas dengan senang. Muka yang tidak dibasuh akan mudah mendapat kesan contohnya seperti jerawat, parut-parut, dan kulit muka akan jadi berminyak .Oleh itu basuhlah muka selalu agar kulit muka anda sentiasa bersih.
1 ulasan:
nice tips. thanks ya! keep it up
Catat Ulasan