02 November 2012

Panduan Menjaga Alat Solek

Kaum wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan. Walaupun seseorang wanita itu tidak suka bersolek namun dia pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sejenis dua alat solek seperti gincu, pengilat bibir, pemerah pipi, maskara ataupun yang lain.
Ramai kaum wanita suka membeli alat solek namun tidak tahu menjaga alat solek mereka.
Sebenarnya penjagaan alat solek amat penting untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kulit wajah kita nanti.


Antara panduan penjagaan alat solek yang perlu kita tahu adalah :-
1. Pastikan alatan solek sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan yang sudah berbau atau berubah warna.
2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali menggunakannya. Begitu juga dengan span bedak muka perlu sentiasa bersih. Paling mudah, korang boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci. Jangan berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya kerana ia boleh menjangkiti wajah korang.
3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan kerana mungkin sudah dijangkiti kuman.
4. Kosongkan beg solek korang dan cuci supaya bersih dan boleh digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaiknya tukarlah kepada yang baru.
So lepas ini, pastikan alat solek korang sentiasa dijaga dengan baik agar wajah korang kekal berseri.


0 ulasan: