02 November 2012
Tips Dan Info Mandi Sauna : Tak Boleh Lebih 20 Minit
Mandi
sauna memang boleh membuatkan tubuh lebih relaks dan tenang. Namun akan timbul
masalah seperti dehidrasi, sesak nafas, mual-mual, pening dan pengsan jika anda
melakukannya lebih 20 minit.Sauna terdiri daripada beberapa jenis di antaranya
sauna moden, finnish, estonian sauna.
Hingga
hari ini terdapat pelbagai pilihan sauna. Sumber haba sauna termasuk kayu,
elektrik, gas dan lain-lain kaedah yang lebih konvensional seperti tenaga
solar. Terdapat sauna basah, sauna kering, sauna asap, sauna wap, dan
orang-orang kerja yang dengan gelombang inframerah. Terdapat dua jenis utama
dapur: pemanasan berterusan dan sauna yang menggunakan penyimpanan haba.
Kebaikan
mandi sauna :
Penggunaan
sauna boleh mengurangkan selesema, dan melegakan gejala selsema buat sementara
waktu. Ia meningkatkan prestasi dalam ketahanan badan semasa bersukan
ketahanan, kenaikan isipadu plasma dan jumlah sel darah merah dalam atlet,
penurunan tekanan darah sistolik, toleransi badan yang tinggi dapat
meningkatkan pengambilan oksigen oleh badan. Wap sauna adalah rawatan yang
sangat baik untuk masalah pernafasan, seperti; kesesakan dada, bronkitis,
laryngitis, dan sinusitis.
Pada
kebiasaannya ruang sauna menggunakan pemanas dengan suhu melebihi 70 darjah
manakala suhu tubuh manusia pula adalah sekitar 38 darjah. Menurut pakar untuk
mendapatkan hasil maksimum, anda hendaklah mandi sauna tak lebih 15-20minit
saja.
Ketika
mandi sauna, denyutan nadi akan meningkat hingga 30 peratus atau lebih dan
membuatkan jantung bekerja 2 kali ganda daripada biasa untuk mengepam darah.
Sebahagian besar aliran darah lebih akan disalurkan ke kulit dan menyebabkan
aliran darah tu semakin jauh dari organ dalaman badan. Semasa sauna juga, kadar
tekanan darah jadi tak menentu.
Bagi
pesakit jantung pula, sebelum melakukan aktiviti sauna, mereka haruslah membuat
pemeriksaan kesihatan dulu untuk mengelakkan risiko gangguan jantung.
Selain
tu juga, ada beberapa tips semasa mandi sauna :)
1. Jauhi alkohol dan ubat yang boleh
mempengaruhi pengeluaran peluh dan menyebabkan panas keterlaluan sama ada
sebelum atau lepas sauna.
2. Sebaiknya mandi sauna tak melebihi 15-20
minit.
3. Lakukan proses penyejukkan badan secara
perlahan selepas melakukan sauna dan elakkan dari terus mandi. Takut terkejut
pula suhu badan anda.
4. Minum dua hingga empat gelas air selepas
bersauna.
5. Jika badan anda sakit-sakit atau tak
sihat, elakkan dari melakukan sauna.
6. Segera keluar dari ruang sauna jika anda
rasa pening, pitam atau tak sedap badan.
0 ulasan:
Catat Ulasan