07 November 2012

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda?




















Berikut merupakan senarai barangan kosmetik dan jangka hayatnya (ini adalah mengikut anggapan yang ia digunakan dan disimpan mengikut kaedah yang disyorkan)

  1. Pelembap kulit (Moisturizer) - Jangka hayat: 3-12 bulan. Pelembap kulit perlu digunakan mengikut jangka masa yang dicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini adalah kerana bahan organik seperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secara beransur-ansur.
  2. Pelentik mata (Mascara) - Jangka hayat: 3-6 bulan. Pelentik mata harus digunakan 3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini adalah kerana berus pelentik mata yang dicelup berkali-kali ke dalam bekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran dimana ia membenarkan bakteria masuk ke dalam bekas tersebut yang mana keadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhan bakteria.
  3. Bedak (Loose powder) - Jangka hayat: 2 tahun. Kebanyakan bedak boleh disimpan sehingga 3 tahun dari tahun pembuatannya. Namun bedak mungkin kering selepas 2 tahun menggunakannya dan tidak selembut dahulu.
  4. Pemerah pipi (Blusher) - Jangka hayat: Pemerah pipi (2 tahun);  Krim pemerah pipi (12-18 bulan). Selepas 2 tahun pemerah pipi mungkin akan menjadi lebih kering dan seakan-akan licin kerana campuran minyak daripada kulit. Warnanya juga akan berubah menjadikannya ia tidak sesuai digunakan. Manakala krim pemerah pipi mempunyai jangka hayat yang lebih pendek kerana ia mengandungi emulsi yang tidak stabil.
  5. Pengaris mata  dan pengaris bibir (Eyeliner dan Lip Liner) - Jangka hayat: 2 tahun. Pengaris mata dan bibir lebih tahan lama kerana ia kerap ditajamkan dan ini bermakna pertumbuhan bakteria adalah terhad.
  6. Pembayang mata (Eye Shadow) - Jangka hayat: Pembayang mata (2 tahun); Krim pembayang mata (12-18 bulan) Pembayang mata boleh tahan lama kerana ia adalah dari jenis berpigmen dan bagi krim pipi pembayang mata ia mempunyai emulsi yang tidak stabil.
  7. Pengilat bibir (Lip gloss) - Jangka hayat: 18 bulan-2 tahun. Pengilat bibir tidak tahan lama seperti gincu bibir kerana formula pembuatannya yang berbeza dan ia juga terdedah kepada pencemaran bakteria kerana mempunyai kelembapan yang tinggi.
  8. Bedak asas (Base powder) - Jangka hayat: Bedak asas tanpa minyak (12 bulan); Pelembap, krim atau bedak asas padat/kompak (18 bulan). Bedak asas juga perlu digunakan sebaiknya. Bedak asas tanpa minyak mempunyai jangka hayat yang sangat pendek kerana ia lebih cepat kering berbanding bedak asas yang lain. Bedak kompak pulak mungkin akan kering lebih awal kerana bercampur dengan minyak kulit semulajadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.
  9. Penutup cela (Concealer) - Jangka hayat: 12-18 bulan. Penutup cela jenis batang adalah jenis penutup cela yang tahan paling lama. Anda boleh mengetahui keadaan tamat jangka hayatnya apabila ia menjadi kering dan tidak lembut seperti mula-mula ia digunakan dahulu. Penutup cela jenis pula akan mula terpisah dan berketul-ketul apabila tamat tarikh luputnya.
  10. Gincu bibir (Lipstick) - Jangka hayat: 2 tahun. Ia tahan lama kerana ia adalah formula campuran pigmen dan lemak. Buih-buih yang mungkin terdapat di atas gincu tidak bermaksud yang gincu anda telah rosak tetapi ia hanya meerupakan titisan kelembapan yang boleh dilap.



                                  

1 ulasan:

tenx for the info..nway, jom singgah blog bihah..=)