02 November 2012

Tips Solekan





Tips Solekan

1. Gunakan berus solekan yang berkualiti dan berbulu lembut. Tahukah anda berus solekan yang terdapat di dalam set pembayang mata itu boleh membuatkan mata anda cepat berkedut?
2. Gunakan alat solek yang berkualiti. Melabur sedikit tidak salah kerana jika and menggunakan alat solek yang tidak bermutu, kemungkinan besar ia akan merosakkan kulit anda dan warna yang digunakan guna tidak bermutu.
3. Adun warna menggunakan jari. Ada kalanya jari juga boleh digunakan untuk mengadun warna pembayang mata terutamanya dibahagian hujung mata. Nampak lebih asli dan natural.
4. Pilih warna yang sesuai dengan tona kulit anda.
5. Warna terang dihujung mata. Jangan gunakan warna terang diseluruh bahagian mata, nanti nampak seperti badut pula. Sebaiknya gunakan warna terang dibahagian hujung luar mata dan sapukan hingga ke tengah mata. Campurkan dengan sedikit warna gelap untuk menampakkan kesan dwitona. Pasti nampak menarik.
6. Betulkan solekan menggunakan putik kapas, bukan dengan jari.
7. Warna metalik mungkin akan menambahkan seri pada mata kamu tetapi jika anda ‘terlebih guna’, ia akan menjadikan wajah anda nampak tua.
8. Pastikan jika anda mahu menggunakan teknik solekan smokey, jangan terlalu menggunakan solekan dibawah mata.  Takut nampak seperti mata anda ditumbuk atau lebam pula!
9. Gunakan bedak asas sebelum meletakkan pembayang mata. Ia akan membantu solekan anda tahan lebih lama.
10. Anda digalakkan memakai pembayang mata sebelum mengenakan celak mata.